Soalan Lazim
Ketahui dengan lebih lanjut mengenai aplikasi kami
Secara ringkasnya, TULUS Digital adalah satu aplikasi teknologi kewangan sosial Islamik yang menyediakan kemudahan pembayaran beretika kepada semua organisasi Islamik di Malaysia. TULUS Digital turut menggalakkan penggunaan gaya hidup digital dalam kalangan ummah.
Oleh kerana aplikasi TULUS Digital merupakan aplikasi yang mesra pengguna maka para pengguna boleh memilih untuk melakukan sumbangan derma, menunaikan zakat, wakaf atau Infaq kepada mana-mana Organisasi Islamik atau NGO pilihan mereka yang berdaftar dengan aplikasi TULUS Digital.
Kami menawarkan perkhidmatan pantas dan selamat sepanjang tahun kepada perkhidmatan dan pembayaran berasaskan Syariah Islam seperti Zakat, Wakaf, Infaq dan sumbangan Sedekah. TULUS Digital membantu para pelanggan kami untuk memberikan sumbangan secara selesa dan fleksibel pada tempat dan waktu pilihan mereka. Bukan itu sahaja, kami turut menawarkan platform pembayaran yang selesa dan selamat melalui Pertukaran Pembayaran TULUS (TULUS Payment Exchange).
Tidak ada satu aplikasi di Malaysia untuk masyarakat Muslim membayar zakat atau menderma kepada organisasi-organisasi Islamik di dalam satu aplikasi. Kebanyakan organisasi Islam mempunyai aplikasi tersendiri yang berasingan dan pengguna terpaksa memuat turun pelbagai aplikasi untuk membuat pembayaran atau pun sumbangan. Kini, dengan Tulus, hanya satu aplikasi diperlukan.
Pengguna boleh memuat turun aplikasi Tulus di Google Play Store dan juga Apple App Store. Versi web Tulus boleh diakses di https://tulus.app .
Aplikasi Tulus menyediakan satu saluran bagi mengakses dan melakukan transaksi Zakat anda serta dapat memberikan sumbangan kepada banyak organisasi kebajikan di Malaysia. Ini bermakna anda tidak perlu memuat turun dan memasang banyak aplikasi di segmen yang berlainan ini untuk melakukan transaksi Zakat atau derma amal.
Pihak Tulus berbesar hati untuk menyediakan perkhidmatan pembayaran Zakat kepada lebih dari 10 buah negeri di Malaysia iaitu Wilayah Persekutuan (termasuk WP Labuan), Pahang, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Johor, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan dan juga Perlis .
Semua transaksi untuk segmen pembayaran Zakat tidak dapat dipulangkan setelah transaksi berjaya dilakukan.
Sebarang maklum balas dan pertanyaan daripada anda amatlah kami hargai. Anda boleh mengajukan sebarang pertanyaan kepada alamat emel kami di [email protected] dengan menyatakan maklumat seperti nama, alamat emel yang digunakan untuk membuat transaksi FPX, ID transaksi FPX (rujuk emel daripada FPX selepas transaksi dibuat ), jumlah transaksi dan juga tarikh transaksi tersebut dibuat.
Cara pembayaran seperti e-Dompet tersedia bergantung kepada persetujuan daripada organisasi Zakat yang bersetuju untuk menyediakannya sahaja.
Setiap organisasi Zakat akan dapat memberikan resit rasmi bagi pembayaran melalui Tulus. Sila hubungi organisasi Zakat yang berkenaan secara terus bagi mendapatkan resit rasmi anda.
Sila klik pautan berikut bagi maklumat lanjut.
Untuk pengetahuan anda, semua negeri yang tersenarai dalam aplikasi Tulus bergantung kepada persetujuan pihak zakat negeri tersebut.
Kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi, kemungkinan versi aplikasi anda telah ‘outdated’. Mohon kemas kini versi aplikasi anda kepada versi terbaru di Google Play Store atau di Apple App Store