Cetak Resit
Cara Bagi Mendapatkan Resit Rasmi Majlis Agama Islam Negeri
KELANTAN (MAIK)
PUSAT PUNGUTAN ZAKAT WILAYAH PERSEKUTUAN (PPZ-MAIWP)
Resit boleh didapati di website www.zakat2u.com.my dalam masa 3-7 hari selepas membuat pembayaran.
Email pengesahan pembayaran akan diberi setelah selesai pembayaran zakat.
PERLIS (MAIPS)
Pihak MAIPS akan melakukan proses pengeposan ke alamat rumah pembayar yang telah didaftarkan dalam tempoh 2-3 hari selepas pembayaran dibuat.
Untuk semakan, boleh layari laman web MAIPS www.maips.gov.my dan cari ‘Penyata Zakat’.
JOHOR (MAINJ)
Email pengesahan pembayaran akan diberi setelah selesai pembayaran zakat.
Dalam masa 2-3 minggu selepas pembayaran dibuat, boleh semak resit di www.epayment.maij.gov.my.
NEGERI SEMBILAN (MAINS)
Pihak MAINS akan menghantar emel rasmi kepada pembayar pada keesokan harinya melalui alamat emel yang telah didaftarkan sewaktu membuat bayaran zakat selepas pembayaran dilakukan.
Proses mengambil masa selama 1-2 hari waktu bekerja.
SABAH (MUIS)
SARAWAK (TBS)
Pihak TBS akan menghantar e-mel menyatakan bahawa pembayaran telah pun berjaya dilakukan mengikut alamat emel yang telah didaftarkan sewaktu membuat pembayaran selepas pembayaran dilakukan.
Pembayar juga boleh menghubungi pihak TBS di talian 082-682861 bagi mendapatkan pengesahan bahawa pembayaran telah dilakukan.
Untuk resit rasmi, pihak TBS akan melakukan proses pengeposan ke alamat rumah pembayar yang telah didaftarkan.
Proses mengambil masa selama 1-2 minggu.
TERENGGANU (MAIDAM)
Pihak MAIDAM akan menghantar emel rasmi kepada pembayar pada keesokan harinya melalui alamat emel yang telah didaftarkan sewaktu membuat bayaran zakat selepas pembayaran dilakukan.
Proses mengambil masa selama 2-3 hari bekerja.
WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)
Resit boleh didapati di website www.zakat2u.com.my dalam masa 3-7 hari selepas membuat pembayaran.
Email pengesahan pembayaran akan diberi setelah selesai pembayaran zakat.
PULAU PINANG (MAINPP)
Hanya zakat harta akan diberikan resit melalui pos, MAINPP tidak keluarkan resit untuk zakat fitrah.
Pengguna perlu menggunakan portal zakatpenang.com jika memerlukan resit rasmi.